Asslamualaikum dan Salam Sejahtera semua.

Dalam post yang lepas, saya ada mewar-warkan di blog ini yang saya kini sedang sibuk menyiapkan satu ebook tentang bisnes tani. Ebook ini adalah ebook berbayar pertama saya, sebab itulah saya mengambil sedikit masa untuk menyiapkannya. Takut pun ada ni untuk lancarkan ebook ni. Maklumlah pertama kali buat ebook :D

Ebook bisnes tani ini ialah sebuah ebook berkenaan satu model bisnes tani yang kini semakin popular di negara kita, iaitu penanaman cendawan. Saya dapati, tidak ramai yang mengeluarkan ebook panduan lengkap penanaman cendawan ini, jadi saya mengambil inisiatif ini untuk menulis sebuah panduan lengkap, langkah demi langkah siap dengan gambarajah lagi, bagaimana cara-cara menanam cendawan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Amacam ecover ni, cun tak :)

Dalam ebook ini, saya akan menceritakan segala aspek tentang penanaman cendawan yang kita harus tahu. Segalanya akan saya terangkan dengan lengkap, berserta dengan gambarajah lagi. Yang menariknya, dalam ebook ini saya akan menemubual seorang usahawan cendawan dari Kelantan, yang kini berpendapatan mencecah 5 angka sebulan dengan mengusahakan cendawan bersama isteri dan keluarganya sahaja.

Saya akan membongkar rahsia bagaimana beliau memperoleh hasil setiap hari, bagaimana beliau memasarkan cendawannya dan segala macam persoalan lagi. Mesti anda tertanya-tanya kan siapa usahawan cendawan yang saya temuramah ini? Saya takkan mendedahkannya, nanti tak suspen pulak :)  Jadi, dapatkan ebook ini di pasaran internet nanti ye untuk mengetahui siapa yang saya temuramah dalam ebook ini.

Saya yakin isu lambakan hasil jarang dibincangkan oleh mana-mana ebook cendawan sebelum ini. Dalam ebook ini juga, saya akan mendedahkan penyelesaian bagi masalah lambakan hasil pengeluaran ini. Memang tidak boleh dinafikan, satu hari nanti bila terlalu ramai usahawan yang menjalankan perniagaan tanaman cendawan ini, akan berlaku satu lambakan hasil pengeluaran yang serius. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Persoalan ini juga akan saya huraikan dalam ebook ini.

Antara persoalan lain yang akan diungkaikan dalam ebook ini ialah:

  • Bagaimana merancang bajet untuk memulakan penanaman cendawan ini.
  • Bagaimana membina rumah cendawan dengan kos paling minima.
  • Bagaimana mencegah dan mengenalpasti penyakit-penyakit cendawan.
  • Rahsia bagaimana menghasilkan cendawan yang gemuk dan segar setiap hari.
  • Bagaimana cara pemasaran tanaman cendawan secara efektif.
  • Bonus eksklusif-Koleksi rancangan perniagaan MARA dan PUNB.
Baiklah, begitulah sedikit sebanyak kandungan ebook ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, dapatkan ebook ini di pasaran internet (bukan di kedai buku tau :) ) nanti ya. Saya akan mewar-warkan di blog ini dan di Forum kesayangan saya,  Wang Cyber bila ebook ini dipasarkan nanti. Nantikan kemunculannya pada hujung bulan ini ya.. 

Mungkin ramai yang sudah tahu tentang keistimewaan burung walit ini. Mungkin ramai jugak yang tahu kenapa saya gelarkan burung ini burung jutawan. Semuanya kerana nilai sarangnya yang mencecah ribuan ringgit sekilogram. Tapi, hakikat sebenarnya tidak ramai yang mengusahakan industri ini, terutama dari kalangan orang Melayu. Kebanyakan pengusaha industri penternakan burung walit ini rata-rata terdiri dari kaum Cina.

Kenapa agaknya orang melayu kurang menceburi industri yang menguntungkan ini?Satu je alasan yang saya selalu dengar,MODAL..Ya, inilah masalah utama sebenarnya. Tahukah anda untuk bangunan berukuran 80X20X2.5 kaki, modal yang harus anda keluarkan adalah RM 180,000. Ini belum lagi termasuk tanahnya.

Tapi, walaupun begitu, pulangan industri ini memang lumayan. Pasal ni, saya tak nafikan. Berikut ialah kiraan asas cash flow bagi industri ini:

A. MODAL PERMULAAN
(Mendirikan Bangunan Baru tidak termasuk tanah; cth 20’X60’ -3 tkt)

1. Bangunan dan kelengkapan/material
a. Bangunan (RM70.00 sekaki persegi)
RM70X1200=RM84000.00 X 3 =RM252,000.00
b. Sistem Audio dan Alarm sistem
RM30,000.00
c. Kayu papan(sirip) burung bersarang (meranti merah ) RM3500 satu tan
RM3500.00 x 5 =RM17500.00
d. Lain-lain(Elektrik dan Air)
RM10,000.00

JUMLAH
RM309,500.00

B. Pulangan

Harta Tetap
Bangunan dan kelengkapan/material = RM 309,500.00

Modal Pusingan Setahun

Kos tenaga buruh = RM 7,200.00
Eletrik dan air =RM 1,000
Kos Permulaan Setahun = RM 317,700.00

Anggaran Hasil Sarang burung (minima):

Akhir tahun 1, 0.5 kg X RM 3,000 = RM 1,500.00
Akhir tahun 2, 4 kg X RM 3,500 =RM 14,000.00
Akhir tahun 3, 8 kg X RM 4,200 =RM 33,600.00
Akhir tahun 4, 20 kg X RM 4,200 =RM 84,000.00
Akhir tahun 5, 30kg X RM 4,500 =RM 135,000.00
Akhir tahun 6, 35kg X RM 4,500 = RM 157,500.00

Keuntungan Tahunan

Tahun 1, RM 1,500 - (RM 317,700.00) =(- ) RM 316,200.00
Tahun 2, RM 14,00 - (RM 316,200.00) =(-)RM 302,200.00
Tahun 3, RM 33,600 - RM 302,200=(-)RM 268,600.00
Tahun 4, RM 84,000 - RM 268,600=(-)RM 184,600.00
Tahun 5, RM 135,000 - RM 184,600=(-)RM 49,600.00
Tahun 6, RM157,500 - RM 49,600.00 = RM107,400.00

Di akhir tahun keenam modal di perolehi sepenuhnya.

Ini bermakna, modal yang kita laburkan kita akan dapat selepas 6 tahun. Enam tahun waktu yang cukup lama untuk sesetengah orang, tak gitu :)

Percaya atau tidak, harga sarang burung layang-layang boleh mencecah antara RM2,000 dan RM5,500 sekilogram di pasaran, manakala yang sudah diproses dan dibersihkan berharga antara RM10,000 dan RM12,000 sekilogram. Setiap kilogram pula mengandungi 120 sarang burung. Jadi, anda faham kan kenapa saya panggil burung ni burung jutawan?

Kesimpulannya, saya kelaskan industri burung jutawan ini adalah suatu pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan. Tapi, bagi mana-mana individu yang tiada kesabaran (ehem..maknanya yang nak untung cepat..taknak tunggu sampai 6-7 tahun), industri ini tak sesuai untuk anda. Cari model bisnes tani yang lain ye :)

Pelabur Da Bomb :)

Osman Adnan

First thing first..Saya nak tanya anda, anda kenal tak dengan burung walit? Sapa kenal angkat tangan, hoho..:)

Burung walit ini sebenarnya adalah burung kakak tua layang-layang, yang sarangnya dibuat dari air liurnya (saliva) dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Sarang burung layang-layang ini sangat digemari oleh kaum Cina. Sarang burung walit ini digunakan secara tradisional dalam mengubati penyakit paru-paru, panas dalam, melancarkan peredaran darah dan menambahkan tenaga.

Burung Walet merupakan burung pemakan serangga yang bersifat aerial dan suka meluncur. Burung ini berwarna gelap, terbangnya cepat dengan ukuran tubuh sedang/kecil, dan memiliki sayap berbentuk sabit yang sempit dan runcing, kakinya sangat kecil begitu juga paruhnya dan jenis burung ini tidak pernah hinggap di pohon. Burung walet mempunyai kebiasaan berdiam di gua-gua atau rumah-rumah yang cukup lembab, remang-remang sampai gelap dan menggunakan langit-langit untuk menempelkan sarang sebagai tempat beristirahat dan berbiak.

Klasifikasi burung walet adalah sebagai berikut:
Superorder : Apomorphae
Order : Apodiformes
Family : Apodidae
Sub Family : Apodenae
Tribes : Collacaliini
Genera : Collacalia
Species : Collacaliafuciphaga

Dalam post akan datang, saya akan tunjukkan bangunan-bangunan yang dibina khas untuk burung walit ini dan teknologi untuk memikatnya supaya kumpulan burung layang-layang ini tertarik untuk bersarang di sini.

ikhlas;

Osman Adnan

01
Nov

Alhamdulillah..Baru petang ni saya dapat online, dari semalam lagi internet kat rumah saya down. Saya agak sibuk kebelakangan ini, sibuk menyiapkan projek ebook model bisnes tani saya. Ini adalah projek ebook berbayar pertama saya. Ebook ini adalah berkenaan dengan model bisnes tani dan ternak yang paling berpotensi dan menguntungkan sekarang ini. Tiga jenis model bisnes tani yang akan saya kupas dalam ebook ini ialah penanaman cendawan, penternakan cacing kompos dan penternakan lintah.

Saya jangkakan projek ebook ini akan mula dilancarkan pada 15 hb. 11 ni. Kerja-kerja grafik mungkin saya akan outsource kepada yang pakar. Boleh la saya fokus kepada penulisan ebook je. Ni la pentingnya outsourse, banyak masa boleh dijimatkan, kerja pun boleh jadi lebih berkualiti. Tak gitu.. ;)

Baiklah..Sebenarnya post kali ni saya nak bercerita pasal pokok jutawan sebenarnya.Aik..Pokok pun boleh jadi jutawan jugak ke?Hehe.. Bukan macam tu maksud saya sebenarnya. Pokok jutawan ini cuma istilah yang saya gunakan bagi pokok depu atau karas. Kenapa saya panggil pokok ni pokok jutawan? Sebab kalau anda nak tahu, dengan menanam pokok depu / karas / gaharu ni di 1 ekar tanah anda, anda boleh mendapat pulangan RM 1 Juta dalam masa 6 tahun. 1 ekar tanah ini boleh ditanam sebanyak 900 - 1000 pokok depu. Lumayan bukan? Untuk jangkamasa panjang, tanaman pokok depu ni memang sangat berpotensi dan boleh memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada pengusahanya.

Saya bukanlah pakar pokok depu ni sebenarnya. Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan pokok depu di laman web ini. Tapi kalau anda tanya saya..”Nak tanam apa ya Osman kalau saya nak jadi jutawan dalam masa 5-6 tahun ni.” Jawapan saya..’Tanam laa pokok depu..ho!ho!  ;)

Sedikit masa nanti bila saya sudah melepasi waktu sibuk saya, mungkin saya akan tulis ebook berkenaan pokok depu ini. Dan anda jangan risau, ebook pokok depu ni percuma je  ;p Semuanya khas buat pembaca blog saya ni. Saya akan war-warkan di blog ini nanti kalau ada ebook-ebook keluaran percuma ni ya..Ya saya tahu..semua orang sukakan benda free ni..Ho!ho!

Bakal Jutawan Depu;

Osman Adnan

Post saya kali ni pendek je. Saya telah menerangkan secara panjang lebar tentang teknologi fertigasi dalam tanaman dalam post yang lepas. Anda boleh baca post saya berkenaan fertigasi di sini.

Kali ini, saya akan membawa anda mengenali fertigasi dengan lebih dekat lagi. Saya taknak buang masa anda membaca post yang meleret-leret lagi,anda boleh membaca segalanya berkenaan fertigasi di sini.

Segala alatan fertigasi, malah buku-buku berkaitan pertanian dan penternakan anda boleh beli di website ini. Kalau anda ada pengalaman menggunakan kaedah fertigasi ini untuk tanaman anda, anda boleh kongsikan di blog ini. Atau anda pernah membaca buku-buku atau ebook berkenaan pertanian dan penternakan, anda juga boleh kongsikan di sini. Mana tahu ianya bermanfaat untuk kita semua.

Rakan Tani Anda;

Osman Adnan

Skim cepat kaya memang sentiasa ada, malah trendnya berubah-ubah dan versinya makin advance sampai ramai orang terpedaya dengan skim-skim seperti ini. Terbaru, syarikat-syarikat yang menjalankan skim-skim ini berselindung di sebalik syarikat penternakan lembu.

Wah!!Ternak lembu pun boleh dijadikan versi Skim cepat kaya (SCK) sekarang ya. Dan yang buat saya terkilan, syarikat-syarikat ni kebanyakannya syarikat anak Melayu. Yang buat saya terlebih terkilan dan kesal..saudara saya pun join jugak benda ni!!

Baru-baru ini, dalam akhbar Utusan Malaysia 13 Oktober lepas, Bank Negara Malaysia telah menyerbu 4 syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.Anda boleh baca berita tersebut di sini

Atau untuk lebih jelas, boleh terus baca petikan akhbar tu di bawah ni:

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui Internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Serbuan tersebut dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang setelah syarikat-syarikat terbabit disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Mengikut maklumat daripada laman web, secara umumnya syarikat-syarikat tersebut menetapkan bayaran minimum RM1,000 sebagai deposit untuk pendeposit menyertai bidang perniagaan seperti pengiklanan, pelancongan dan perkhidmatan.

BNM dalam satu kenyataan di sini memberitahu, syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd.

Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara.

Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Sekitar pukul 9.30 malam ini, laman web Buluhmas masih boleh dilayari yang menunjukkan sejak April lalu ia telah menerima hampir 250,000 pengunjung.

Sementara itu, Jazmeen dalam laman webnya mendakwa dengan permulaan modal sebanyak RM1,000, pendeposit mampu mendapat pulangan 120 peratus dalam tempoh 12 bulan pertama dan jumlah itu terus bertambah pada tahun-tahun berikutnya.

BNM dalam kenyataannya menambah, tindakan ke atas keempat-empat syarikat itu diambil setelah Unit Penyiasatan Khas BNM menjalankan siasatan terhadap aktiviti syarikat berkenaan.

“Kesemua penganjur skim pelaburan itu akan ditahan selepas BNM merekodkan kenyataan mereka kerana disyaki mengambil deposit secara haram dan menjalankan aktiviti penggubahan wang haram,” jelas kenyataan itu.

Seorang jurucakap BNM ketika dihubungi memberitahu, jumlah sebenar ahli terlibat dan nilai deposit yang dikumpulkan oleh keempat-empat syarikat itu hanya akan diketahui apabila kes mereka dihadapkan ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.

Katanya, jika sabit kesalahan pegawai dan pemilik syarikat-syarikat terlibat boleh didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara untuk tempoh 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang didakwa boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Menurut kenyataan BNM, skim pelaburan yang dianjurkan oleh keempat-empat syarikat yang diserbu hari ini menyatakan kononnya ia berasaskan perdagangan mata wang, pasaran hadapan komoditi, pelaburan luar persisiran dan saham-saham lain.

Dakwaan itu, kata BNM, hanya rekaan semata-mata.

“Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan skim yang ditawarkan melalui Internet, panggilan telefon atau seminar yang dianjurkan oleh individu atau syarikat yang tidak dilesenkan oleh BNM,’’ jelas kenyataan itu.

Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di www.bnm.gov.my.

Jadi,apa pendapat anda? Mulai sekarang,kita kena lebih rasional dalam menilai. Kita kena lebih ambil tahu apa fungsi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), apa fungsi BNM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), supaya nanti kita tak mudah tertipu..Sebabnya penganjur skim-skim sebegini pandai orangnya, mereka bergerak sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah berdasarkan lesen SSM mereka, dengan portfolio-portfolio yang menunjukkan ladang-ladang mereka yang luasnya berekar-ekar.

Tapi bagi saya senang je..Kalau mereka ada ladang ternakan ratusan ribu ekar, mesti mereka ni orang berduit kan. Jadi buat apa lagi mereka nak ambil duit dari orang ramai, kononnya untuk melabur dalam industri penternakan dan pertanian di bawah syarikat mereka dan pelabur-pelabur mereka akan mendapat pulangan sehingga 120 % pada tahun pertama pelaburan mereka dan akan meningkat pada tahun-tahun seterusnya. Cuba tanya penternak-penternak lembu kat Malaysia ni, pernah tak mereka dapat pulangan sehingga 120 % setahun hasil dari ternakan lembu mereka? Saya berani potong jari kuku laa, takdenya untung sampai macam tu dalam industri penternakan ni.

Anti SCK ;

Osman Adnan

Ramai orang bertanya saya tentang ini. Ada yang berminat pada bisnes tani ini,tapi mereka masih terikat dengan komitmen kerja makan gaji mereka..Ada jugak yang sejak dari mula lagi tekad mereka ingin menceburi bisnes tani secara serius dan secara sepenuh masa..Malah ada juga yang sekadar bertanya macam-macam model bisnes tani kepada saya, alasannya untuk memilih mana satu model bisnes tani yang memberikan keuntungan paling besar dalam jangkamasa paling singkat. Tapi akhirnya, setelah berbulan-bulan mereka bertanya saya dan memerhati, mereka masih lagi tidak memulakan langkah pertama..Dan sekali lagi alasan mereka..”Blur laa Osman, banyak sangat bisnes tani yang menguntungkan..Rasa macam nak buat semua perkara je..”

Ini sebenarnya penyakit orang Melayu..Saya pernah bercakap dengan seorang usahawan tani yang kini sudah bergelar jutawan tani..Beliau cakap:

Orang kita bukan takde idea yang hebat..Tapi, mereka ada TERLAMPAU BANYAK idea yang hebat sampai mereka akhirnya terkapai-kapai sendiri..Tak tahu nak mula dari mana.

Memang..Benar sekali kata-kata beliau (sebab saya pun sama satu ketika dulu ;p ). Jadi, mulai sekarang kalau kita ada satu idea yang kita rasakan hebat, catat idea itu di atas kertas. Cari peluang dari idea tersebut. Contohnya sekarang ni terlalu ramai orang tanam cendawan, apa kata kita buat lain sikit. Kita buat restoran berasaskan cendawan ke, cipta menu-menu masakan berasaskan cendawan ke, atau buat keropok cendawan ke..Cuba kreatifkan minda anda, fikir apa yang anda boleh buat dari idea yang asas tersebut. Kembangkan idea tersebut.

Sekarang, anda sudah ada idea yang hebat tak? Kalau ada..Sekarang ambil kertas dan catatkan idea tersebut. Tak kisah la idea bisnes tani ke, bisnes internet ke, apa ke..catat je..Lepas tu kembangkan idea tersebut. Lepas tu baru fikir sesuai atau tidak idea ni diaplikasikan. Kalau anda rasa dan anda yakin idea ni tak boleh pergi jauh..just leave it..Tapi pastikan terlebih dahulu anda kaji idea anda itu. Takut nanti anda tak buat, orang lain yang mulakan dulu dan jadi perintis. Sapa yang rugi??

Bagi saya, bisnes tani ini sama je dengan bisnes-bisnes lain. Bezanya, bisnes tani mungkin perlukan tanah untuk mengusahakannya. Mungkin juga perlukan modal yang sedikit besar berbanding bisnes lain. Dan persamaannya yang paling ketara dengan mana-mana bisnes sekalipun dalam dunia ni, anda kena ada minat dalam apa yang anda usahakan. Jangan fikir nak untung je. Sikap ini salah. Mentaliti ini salah, ia bukan mentaliti seorang usahawan. Tanya mana-mana usahawan sekalipun. Untuk tujuan ini, lupakan sekejap niche kita (ehem..maksud saya keluar kejap dari skop bisnes tani). Tanya usahawan-usahawan yang sudah berjaya, kenapa mereka berjaya jadi seperti sekarang. Saya pasti, salah satu jawapan mereka ialah mereka minat dengan apa yang mereka buat. Minat menimbulkan sifat enjoy atau seronok dengan apa yang mereka lakukan.  Sifat enjoy ini akan membuatkan mereka lebih kritis, dan mula berfikir peluang-peluang buat duit dengan minat mereka tersebut. Inilah salah satu kunci kejayaan mereka.

Jadi, kalau sekarang anda fikir anda mahu menceburi bisnes tani kerana anda nampak keuntungannya sahaja..Betulkan dahulu mentaliti tersebut, baru anda boleh fikir samada anda nak buat bisnes ni full time ke part time.  Baru anda boleh berfikir, samaada nak berhenti kerja ke atau buat bisnes ni slow-slow, bila dah sebenar-benarnya nampak akan potensinya, atau dah boleh survive sendiri, baru berhenti kerja.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..Harap anda sihat-sihat hendaknya, atau mungkin ada yang masih dalam mood raya lagi kot,hoho..Walaupun kita masih dalam mood raya lagi, tapi bisnes tetap harus diteruskan..Jangan beraya lama-lama nanti hilang mood pulak nak berbisnes ;p..

Ok laa..macam yang saya janjikan pada post yang lepas, saya akan bagi satu artikel berita dari Utusan Malaysia berkenaan kenyataan Menteri Perusahaan, Perdagangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui berkenaan dengan tanaman pokok jarak pagar atau nama saintifiknya Jatropha Curcas di Malaysia. Mungkin ramai yang akan menyelar saya disebabkan artikel-artikel saya, tapi saya sekadar meluahkan pendapat peribadi saya. Dan saya juga sentiasa mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang ingin membetulkan kenyataan saya, sebab mungkin betul saya salah. Mungkin betul kajian saya tak tepat. Saya mahu menjadikan blog ini sebagai satu wadah dalam kita sama-sama membincangkan isu-isu berkaitan pertanian dan penternakan di negara kita ini, bukannya tujuan blog ini dibina untuk menyelar mana-mana pihak. Ikuti kenyataan Datuk Peter Chin Fah Kui di bawah ya..

SEPANG 29 Julai - Kerajaan memperuntukkan RM5 juta geran permulaan untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas pokok jarak pagar
(Jatropha) sebagai sumber tenaga alternatif sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, langkah itu wajar memandangkan pokok tersebut kini menjadi perhatian global sebagai tanaman yang berpotensi menjadi salah satu sumber tenaga alternatif utama di masa depan.

“Setakat ini, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan beberapa buah syarikat tempatan sedang giat melaksanakan R&D ke atas tanaman tersebut.

“Tetapi kerajaan tetap mengalu-alukan syarikat tempatan atau luar negara yang berminat melabur untuk mengkomersialkan tanaman itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke pusat penyelidikan Jatropha milik Asiatic Centre For Genome Technology Sdn. Bhd., (ACGT) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif Asiatic Development Berhad, Tan Sri Lim Kok Thay.
Pusat penyelidikan seluas 22 hektar itu dibangunkan pada tahun 2006 dan merupakan pusat penyelidikan Jatropha yang terbesar di negara ini.

Bagaimanapun, Fah Kui memberitahu, buat masa ini kerajaan tidak akan menggalakkan para pekebun kecil menceburi dalam tanaman tersebut kerana ia masih di peringkat R&D. Malah, beliau menambah, kerajaan juga mengingatkan syarikat swasta yang menjalankan kajian R&D atas tanaman itu supaya tidak melibatkan para pekebun kecil dalam usaha mereka itu.

“Banyak persoalan yang masih belum jelas, seperti kos, logistik, kaedah penanaman, benih dan sebagainya.

“Sehubungan itu, kami berharap agar syarikat yang menjalankan R&D bagi tanaman itu dapat menyalurkan hasil kajian mereka itu kepada kerajaan secepat mungkin,” katanya.

Sekarang, anda faham kan kenapa saya berkata begitu dalam post saya yang lepas. Tapi yang sedikit mengejutkan saya, dalam keghairahan pihak kerajaan baru ingin menjalankan R&D tentang penanaman pokok jarak ni di Malaysia, sudah ada pihak yang menawarkan kursus-kursus penanaman pokok jarak yang banyak diiklankan di akhbar-akhbar. Sudah jelas lagi bersuluh, Datuk Peter Chin Fah Kui sendiri berkata bahawa buat masa ini, kerajaan tidak akan menggalakkan para pekebun kecil untuk menceburi dalam tanaman tersebut kerana ia masih dalam peringkat R&D. Mungkin iklan-iklan di akhbar-akhbar tu bukan sasarannya untuk pekebun kecil agaknya kot..

Bukan saya ingin menafikan kebaikan dan kelebihan pokok jarak ini, memang tidak dapat dinafikan lagi pokok jarak ini memang berpotensi kerana buahnya boleh menghasilkan biodiesel, malah ia juga berpotensi untuk dikomersialkan. Buat masa sekarang, biar la pakar yang menjalankan kajian. Kita tunggu dan lihat. Jika benar projek tanaman pokok jarak ini benar-benar dapat ditanam dan dikomersialkan di negara kita ni, bagus laa..Bertambah lagi satu bidang dalam industri pertanian kita, bertambah lagi peluang-peluang pekerjaan anak-anak muda kita.

Ikhlas

Osman Adnan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..
Saya baru sahaja lepas berayau-rayau di shopping mall forum Bicara Jutawan sebentar tadi. Dan saya tertarik dengan satu isu yang hangat dibincangkan di forum tersebut. Isu ini mungkin dah lama, tapi mungkin jugak ramai antara kita yang tak tahu pasal ni. Jadi saya ingin perbaharui isu ini dalam blog saya kali ni.

Pokok Jatropha Curcas dalam bahasa melayunya disebut pokok jarak pagar. Kalau tanya orang tua-tua apa gunanya pokok jarak pagar ni, mereka akan cakap yang gunanya pokok jarak pagar ni untuk menjarakkan kelahiran anak. Getah pokoknya pula dijadikan ubat sapu untuk penyakit kulit, akar dan rantingnya pula diproses untuk dijadikan pewarna dalam industri tekstil. Tapi sekarang ini, pokok ini ditanam kerana potensinya untuk dijadikan biodiesel, satu alternatif kepada petrol. Biasa la, zaman dah berubah, dunia dah maju..;p
Antara kelebihan pokok jarak pagar ini ialah:

  1. Perolehan minyak, lebih kurang 33%;
  2. Amat sesuai ditanam di iklim tropika seperti di Malaysia;
  3. Tumbuh dengan cepat, 6 bulan sudah mulai berbuah dan mendatangkan hasil;
  4. penjagaannya senang, tidak dirosak oleh serangga,ulat atau binatang ternakan;
  5. pokok jarak boleh hidup melebihi 45 tahun;
  6. sebiji pokok jarak mengandungi2,3 atau 4 biji benih yang akan diproses menjadi bio diesel;
  7. saiz pokok yang rendang dan memudahkan proses memetik;
  8. Satu ekar tanah boleh ditanam 800 pokok jarak, satu batang anak pokok 10 inci berharga 2.50 hingga 4.50 di tapak semaian;
  9. Hasil pengeluaran dalam 2 tahun pertama lebih kurang 3.6 tan (buah) bagi setiap ekar setahun dan hasil tanaman jarak akan berganda selepas 2 tahun;
  10. Jaminan beli balik buah jarak (kering) ialah RM0.85 sekilo bersamaan RM850 setan oleh Bionas selama 30 tahun.
  11. Sekilo buah jarak boleh menghasilkan 300 ml minyak.

Sekali baca, memang nampak menarik. Tapi selain faktor yang saya sebutkan di atas, banyak lagi perkara perlu kita nilai sebelum mengambil keputusan nak invest untuk projek ni. Antaranya:

  1. Manpower atau tenaga kerja mahir. Setahu saya, pengusaha tanaman ni perlukan pekerja yang ramai untuk memetik buah, nak menjaganya lagi satu hal. Mari kita buat calculation sikit, kalau 1 ekar tanaman ni menghasilkan 1 tan buah, dan secara logiknya untuk mengutip hasil 1 tan ni perlukan 4 orang pekerja (ni kiraan saya secara kasar, saya tak buat kajian tentang ini), kalau 100,000 ekar (yang macam projek tanaman pokok jarak di Sarawak tu), maknanya perlukan pekerja seramai 400,000 orang pekerja. Mak aii,ramai giler..Macamana nak bayar gaji mereka ni agaknya. Memang tanaman ini ditanam secara besar-besaran di India, tapi kita kena ingat, kos buruh di India adalah yang paling rendah di dunia.
  2. Masa. Ni lagi satu hal. Anda tahu buah jarak ni besar mana? Buah jarak adalah lagi kecil 2 kali ganda dari buah sawit. Untuk mengutip buah jarak sebanyak 1 tan+4 orang pekerja/1 tan, agak-agaknya laa, berapa lama masa yang diperlukan untuk siap mengutip 1 tan buahnya ni. Harga setan buah jarak pagak ni RM 850. Tolak gaji pekerja,tolak itu ini, berapa untung bersihnya? Pengiraan secara kasarnya saya tunjukkan di bawah;

3kg/sejam kerja 8jam =24kg/day
1000/24 = 41day /setan = rm 850/setan
anggaran upah buruh :
rm 20/day X 41 hari = rm820

So, kiraan kasarnya untung bersih hanya RM 30 setan. Biar betul…?

So..Kalau anda tanya saya, sesuai atau tidak pokok ini ditanam di Malaysia, jawapan saya tidak. Kalau lepas ni ada individu yang dapat meyakinkan saya bahawa tanaman ini boleh ditanam di Malaysia dengan mengambil kira segala faktor yang saya sebutkan di atas, mungkin saya akan berubah fikiran. Dalam post akan datang, saya akan siarkan satu artikel berita dari Utusan Malaysia bertarikh 29 Julai 2008, yang mana dalam artikel ini Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Peter Chin Fah Kui sendiri menegaskan bahawa projek tanaman pokok jarak di Malaysia masih dalam proses R&D lagi, masih dalam kajian boleh atau tidak tanaman ini dikomersialkan di Negara kita ni.

Just Hatched;

Osman Adnan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama saya tak update blog ni. Semuanya gara-gara demam kuning raya ni,hehe..Sebenarnya saya tak boleh buat posting sebab bilik yang saya gunakan untuk akses internet ni adalah bilik abang saya. Bila dia balik raya hari tu, saya terpaksa la tidur kat luar. Kalau dia bujang takpe laa boleh jugak saya masuk-masuk bilik ni jenguk internet, tapi dia tu dah kahwin..Segan la saya nak ulang-alik masuk bilik ni sebab kak ipar saya ada. So, sebab tu la saya menyepi dari dunia rock internet ni kejap,hehe. Dia baru je balik Penang semalam, jadi saya terus ambil kesempatan ni melepaskan gian nak berblog ni balik,haha  ;)

Rasanya masih belum terlambat saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca-pembaca blog saya sekalian. Walaupun blog ini masih sangat baru, dan masih bertatih dalam meneruskan kelangsungan hidup kata orang, tetapi selagi ada pembaca dan selagi saya punya sesuatu untuk dikongsikan bersama pembaca semua, selagi itulah blog ini akan sentiasa wujud.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyusun 10 jari memohon kemaafan dari anda semua, sekiranya selama saya berblogging ini, ada kata-kata saya yang membuatkan anda terasa hati, ada kesilapan yang tak saya sengajai, ada kekhilafan yang terkesan di hati antara kita. Sebagai manusia biasa saya tidak boleh lepas dari melakukan kesilapan. Sekali lagi saya mohon maaf dan Salam Aidilfitri buat semua. Di sini saya titipkan kad raya khas untuk anda semua  ;)



::Kad Ucapan Raya Percuma

Akhir kata, saya dan isteri keluarga sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua. Saya doakan kita semua akan beroleh kejayaan dalam apa jua yang kita usahakan. Kalau kita rasa raya tahun ni kurang meriah sebab harga barang naik, minyak naik semua-semua pun naik la senang cite..Harap-harap Aidilfitri tahun depan kita lebih bersedia menghadapi kemungkinan yang tak dijangka ni. Salam Usahawan dari saya..Wassalam..

 
About        Hubungi Saya